Selamat Datang Ke PASTI Kluang

Bersama Mendidik Generasi Bertakwa Dan Berilmu
Kenali pasti kawasan kluang

Melahirkan Insan Yang Beriman & Berilmu

PASTI Kawasan Kluang merupakan aktiviti pendidikan prasekolah berteraskan Islam yang telah ditubuhkan sejak tahun 1989 di daerah kluang.

Matlamat utama Tadika PASTI adalah untuk memberi kesedaran pada masyarakat tentang pendidikan Islam, melahirkan insan yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.

Kurikulum Bersepadu, Terbaik & Terkini

Kurikulum pasti digubal oleh pakar-pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ianya menekankan pembangunan insan yang seimbang untuk dunia dan akhirat. Berbagai modul pendidkan yang terbaru sentiasa digubal dan mengalami proses penambahbaikan dari semasa ke semasa seperti projek aulad, pra tahfiz dan kurikulum PASTI.

Pusat Pendidikan Prasekolah Terbesar Dan Program Bersifat Nasional

Mempunyai 2,626 buah di seluruh negara dengan seramai lebih 110,000 pelajar. Pelbagai program bersifat nasional dapat dijalankan bagi memberi peluang kepada anak-anak kita yang berpotensi untuk ditonjolkan bakatnya ke peringkat tertinggi terutamanya program ko-kurikulum seperti Pesta Sukan Pasti, Alam Ria Pasti serta Akademik (Peperiksaan) yang diselaraskan di seluruh negara

Guru Yang Berpengalaman Dan Terlatih​

PASTI Kluang mempunyai guru yang berpengalaman mendidik lebih 30 tahun. Guru-guru yang baru juga diberikan kursus dalaman, usrah dan program tarbiah. Selain itu, guru-guru juga diwajibkan untuk mengambil Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM) untuk menambah ilmu pendidikan dari masa ke semasa.

Yuran Tadika Swasta Yang Rendah​

PASTI adalah bersifat kebajikan kepada masyarakat, bukan bersifat perniagaan. PASTI tidak dimiliki oleh kerajaan atau mana-mana individu tertentu. Oleh sebab itu, yuran yang dikenakan sekadar untuk menangung kos operasi PASTI seperti membayar gaji guru sewa premis dan aktiviti pelajar. Sumbangan yang diberikan daripada masyarakat juga banyak membantu perjalanan PASTI.

Tahun ditubuhkan
1000
Pelajar Tahun 2024
400
Cawangan
3
Guru Terlatih
13

Antara Modul PASTI

icon-2-2.png

Pra Tahfiz

Pra Tahfiz adalah antara silibus penting untuk pelajar  menghafal beberapa surah dan hadis terpilih yang penting dalam kehidupan setiap muslim

icon-1-2.png

Nurul Quran

Nurul Quran merupakan silibus pengajaran Al-Quran kepada pelajar-pelajar PASTI. Mempunyai 4 jilid buku yang disusun untuk melahirkan pelajar-pelajar yang celik Al-Quran.

icon-3-2.png

Projek Aulad

Projek Aulad merupakan tugasan untuk murid 6 tahun PASTI. Tujuan projek ini adalah untuk menggalakkan daya kreativiti, inovasi dan semangat kerjasama antara murid PASTI

Galleries

Antara Aktiviti Pelajar

Sumbangan Ikhlas

Bersama kami menjadi sebahagian daripada mereka yang bantu membina generasi yang berilmu dan bertakwa